15 individu dirakam keterangan kes konsert ambang tahun baru

Shopee Sale

Seramai 15 individu telah dirakam keterangan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian empat individu selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Dis lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata antara individu yang telah diambil keterangan terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga mangsa.

“Polis juga pada ketika ini masih menunggu laporan bezah siasat dan toksikologi bagi menentukan punca kematian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hussein berkata berdasarkan maklumat diterima daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dua lagi mangsa lain yang turut dilaporkan mempunyai simptom sama berkait dengan kematian empat individu berkenaan telah mula sedar, namun berada dalam keadaan lemah.

Sebelum ini, Hussein dilaporkan berkata siasatan awal polis mendapati empat mangsa yang meninggal dunia selepas menghadiri konsert itu disyaki terbabit dalam pengambilan dadah jenis ekstasi.

Pihak penganjur kemudian tampil dengan kenyataan bahawa mereka telah mengambil pelbagai langkah keselamatan seperti kehadiran lebih 100 anggota polis, menempatkan anggota keselamatan terlatih dan unit K9 di semua pintu masuk, serta akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang dijalankan polis.

MENARIK:  Lesen media sosial: Grab Malaysia jauhkan diri dari surat terbuka gergasi IT

Sebelum ini, media melaporkan polis sedang menyiasat punca kematian empat individu berusia lingkungan 20 hingga 40-an termasuk dua wanita selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu itu.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular